Top

Walau Dah Kahwin, Masih Di Anggap Zina!

May 14, 2009 by admin 

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat… .

SUMBER : virtualfriends.net

Panduan & Teknik Rahsia eBay | Video Panduan eBay | Video Panduan eBay Video Panduan Lelong | Video Panduan Lelong Pembungkusan Hebat | Pembungkusan Hebat Import Dari China | Import Dari China Pengurusan Inventori Hebat | Pengurusan Inventori Hebat Rekod Simpanan Hebat | Rekod Simpanan Hebat | Lubuk Sumber Produk eBay


Komen dan Pendapat Anda

6 Responses to “Walau Dah Kahwin, Masih Di Anggap Zina!”

  1. erin on May 16th, 2009 9:32 am

    salam zahar..

    bagus artikel ni.. perkara macam ni mmg dah biasa sgt dalam masyarakat sekarang… lahir kan anak luar nikah dah jadi satu trend.. kesannya akhir zaman kelak masyarakat akan porak peranda..diri sendiri dapat susah.. manusia yg menzalimi diri sendiri..apa pun jaga diri dan ingat Allah selalu..
    jangan pilih jalan hitam….!

  2. admin on May 16th, 2009 6:08 pm

    Kita dah menghampiri akhir zaman erin… Dah terlalu banyak tanda-tanda kecil yang kita dapat lihat sekarang… Sama-sama la kita perbanyakkan muhasabah diri dan insaf serta kembali ke jalan yang putih… :)

  3. Anonimous on June 23rd, 2009 2:01 pm

    Email tersebut adalah tidak benar, kerana jawapan dari JAKIM ialah

    Jawapan : Perkahwinan dengan wanita yang mengandung anak tak sah taraf/zina adalah sah dari segi hukum syarak.
    Status : Selesai – Paparan Web.
    . Nombor Rujukan : PANEL SJAI 030608

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/d3909973f1fe9bf84825745a00528bde?OpenDocument

  4. admin on June 23rd, 2009 11:52 pm

    Terima kasih Anonimous :)

  5. zaki on September 2nd, 2009 5:28 pm

    memang berinformasi artikel ni. Banyak sangat berlaku kes macam ni

  6. suhaimi on December 22nd, 2009 5:45 pm

    berkenaan dengan hukum mengatakan perkahwinan TIDAK SAH bagi perempuan yang mengandung anak luar nikah sehingga bayi itu dilahirkan.. ada percanggahan pendapat antara ulama2 muktabar.. masing2 ada hujah masing2 berdasarkan dalil2 aqli dan naqli..

    perkara ini saya pernah juga rujuk kepada seorang ustaz, sebaik baiknya kita mengambil jalan yang kurang/ringan mudharat.. maksudnya, jika kahwin itu lebih baik, maka kahwin lah.. jika tidak, maka tunggu sehingga bayi itu dilahirkan..

    sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.. wallahualam..

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!





Spam Protection by WP-SpamFree

Bottom