Kelebihan-kelebihan Memiliki eBay Store
May 17, 2009 by admin · 7 Comments
1. Anda boleh meletakkan pautan ke eBay store anda di laman web atau blog anda. Apabila ada pengunjung yang datang melalui pautan tersebut dan membeli di eBay store anda, pihak eBay akan mengurangkan yuran jualan anda. Cara ini akan sangat berkesan sekiranya anda sudah mempunyai ramai pengunjung yang mengunjungi laman web atau blog anda. Anda boleh menggalakkan mereka untuk melawat eBay store anda dan seterusnya membeli dari situ. Pengurangan yuran jualan yang diberi oleh pihak eBay dapat memberi penjimatan kepada anda.
2. Di eBay store, anda boleh memaparkan logo perniagaan anda. Bak kata Jutawan Internet Muda Malaysia, Dr Irfan Khairi, “Logo akan memberi gambaran profesional kepada perniagaan anda kerana manusia lebih mudah mengingati gambar atau imej daripada perkataan. Pelanggan akan mudah mengingati logo anda.”
3. Anda akan menerima ikon dan pautan khas yang menandakan anda sebagai seorang pemilik eBay store. Ikon dan pautan khas ini akan diletak disebelah nama id anda di semua laman terutama di setiap laman barangan yang anda senaraikan. Para pengunjung akan mengenalpasti anda sebagai seorang pemilik eBay store dan akan lebih tertarik untuk mengunjungi kedai online anda.
4. eBay juga akan memberikan Enjin Carian peribadi untuk eBay store anda dengan tujuan untuk memudahkan pengunjung melakukan carian.
5. Anda dapat bantuan promosi bersilang. Sebagai pemilik eBay store, eBay akan membantu anda untuk mempromosikan barangan lelongan anda yang lain di dalam deskripsi barangan lelongan anda.
6. Perisian hebat iaitu Selling Manager Pro dapat membantu pemilik eBay store dalam mengurus, mengawal dan melakukan automasi penjualan anda. Perisian yang dihasilkan eBay ini dapat membantu banyak perkara dalam pengurusan eBay store anda. Berpandukan teknik yang betul, anda boleh mengautopilotkan perniagaan eBay anda.
7. Apabila anda memiliki eBay store, pihak eBay akan membantu anda memaparkan barangan anda di dalam laman web utama eBay store.
8. Sebagai pemilik eBay store, secara automatik semua kata kunci yang anda senaraikan untuk eBay store tersebut akan disalurkan kepada enjin carian utama dunia seperti Yahoo! dan Google. Ini akan memudahkan enjin carian tersebut membuat indeks untuk eBay store anda dan seterusnya memaparkan pautan kepadanya apabila ada pengunjung mereka yang melakukan carian. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya barangan di dalam eBay store anda berjaya dipaparkan di dalam laman web pertama untuk sesuatu carian.
9. Di dalam eBay store anda, terdapat satu pilihan mendapatkan laporan mengenai prestasi penjualan anda. Anda boleh mendapatkan laporan terperinci seperti hari terbaik untuk menamatkan lelongan, pergerakan pengunjung(dari mana mereka mengunjungi eBay store anda dan apakah barangan yang telah dilihat mereka), dan lain-lain. Kesemua maklumat yang diperolehi daripada laporan tersebut dapat membantu memperbaiki lelongan dan penjualan anda.
10. Reputasi dan imej anda sebagai seorang penjual akan meningkat sekiranya memiliki eBay store.
11. Salah satu perkara yang hebat mengenai eBay ialah ia memberikan peluang untuk menghasilkan Laman Utama Khas kepada semua pemilik eBay store. Laman Utama Khas merupakan laman web pertama yang pengunjung anda akan lihat apabila mereka mengunjungi eBay store anda. Laman Utama Khas ini boleh direka menurut citarasa anda sendiri sama seperti apa yang boleh anda lakukan untuk laman web luar.
AO – Auction Optimization (Mengoptimumkan Lelongan)
May 14, 2009 by admin · Leave a Comment
AO iaitu singkatan kepada Auction Optimization (mengoptimumkan lelongan) merupakan satu istilah yang agak asing bagi anda yang baru hendak mengenali lebih mendalam berkaitan bisnes eBay. Auction Optimization (AO) merupakan salah satu perkara penting yang perlu anda kuasai bagi merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang jutawan ebay.
Auction Optimization (AO) sama seperti Search Engine Optimization (SEO). Ia boleh menjimatkan masa dan mampu mengurangkan kerja keras anda. Teknik Auction Optimization (AO) yang betul akan memberikan hasil yang baik kepada bisnes ebay anda. Prinsip asasnya amat mudah iaitu lebih ramai orang melihat barang saudara, lebih tinggi harga bidaan terakhir.
Bukan suatu perkara yang mustahil dalam beberapa tahun akan datang, Auction Optimization (AO) mampu menyaingi prestasi Search Engine Optimization (SEO). Pada hari ini lebih daripada 25 peratus daripada semua jualan runcit online berlaku di eBay dan angka itu meningkat setiap empat bulan.
Sekiranya anda mempelajari selok-belok Auction Optimization (AO), bisnes eBay anda akan mengaut keuntungan yang besar kerana Auction Optimization (AO) akan membantu anda mencapai jumlah pelawat yang maksimum dan jumlah pesaing yang minimum. Gerbang menuju ke arah jutawan eBay telah terbuka luas di hadapan anda. Mulakan langkah pertama anda!
Kuasa Minda Separa Sedar (Subconcious Mind)
May 6, 2009 by admin · 2 Comments
Pernahkah anda menghadapi masalah yang tak dapat menemui jalan penyelesaian, sehinggakan anda terbaring terfikir-fikir masalah tersebut sebelum tertidur?
Apabila anda bangun pagi, sedar-sedar mentol idea anda menyala… dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda.
Itulah minda separuh sedar (subconcious mind) sedang berfungsi menyelesaikan masalah anda!
Kita dianugerahkan oleh Allah swt dengan 2 jenis minda iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Minda sedar adalah minda yang kita gunakan secara sedar. Contohnya kita terfikir hendak mengetahui berita utama hari ini, lantas minda sedar kita terus memberi jawapan kepada kita untuk membuka laman web akhbar online di internet. Kita pun membaca berita di internet dengan rasa penuh kepuasan. Bagaimana pula dengan minda separa sedar? Contoh dah diberi pun kat atas tuh..
Sekiranya kita bijak menggunakan kuasa minda separa sedar, ia akan menjadi salah satu kunci dan senjata paling ampuh untuk kita mencapai kejayaan.
Namun, tak ramai yang mengetahui dan menyedari kuwujudan kuasa minda separa sedar ini. Kita tak perasan yang kita sebenarnya ada menggunakan minda separa sedar.
Sebagai seorang usahawan di eBay kita amat disarankan untuk menulis matlamat kita. Mengapa? Di sinilah peranan yang dimainkan oleh kuasa minda separa sedar. Matlamat yang kita tulis bukan saja tercatat dan melekat pada kertas, malahan lebih dari itu ia terlekat juga pada minda separa sedar kita. Amalan membaca dan menyelami matlamat yang kita tulis, setiap hari, membuatkan minda separa sedar kita diaktifkan dan memudahkan anda mencari dan melihat peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut. Minda separa sedar akan berkerja untuk anda siang malam tanpa henti sehinggalah matlamat anda tercapai. Itulah salah satu rahsia jutawan-jutawan ebay mencapai kejayaan.
Selain itu, kita disarankan untuk merancang hari kita pada malam sebelumnya. Mengapa malam? Ini kerana, minda separuh sedar lebih aktif ketika kita tidur (kita tidak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang kita lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merealisasikan perancangan itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan kuasa minda separa dengan sebaik-baiknya untuk merealisasikan impian kita sebagai usahawan ebay yang berjaya. InsyaAllah











