Top

Kuasa Minda Separa Sedar (Subconcious Mind)

May 6, 2009 by admin · 2 Comments 

Pernahkah anda menghadapi masalah yang tak dapat menemui jalan penyelesaian, sehinggakan anda terbaring terfikir-fikir masalah tersebut sebelum tertidur?

Apabila anda bangun pagi, sedar-sedar mentol idea anda menyala… dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda.

Itulah minda separuh sedar (subconcious mind) sedang berfungsi menyelesaikan masalah anda!

Kita dianugerahkan oleh Allah swt dengan 2 jenis minda iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Minda sedar adalah minda yang kita gunakan secara sedar. Contohnya kita terfikir hendak mengetahui berita utama hari ini, lantas minda sedar kita terus memberi jawapan kepada kita untuk membuka laman web akhbar online di internet. Kita pun membaca berita di internet dengan rasa penuh kepuasan. Bagaimana pula dengan minda separa sedar? Contoh dah diberi pun kat atas tuh.. :)

Sekiranya kita bijak menggunakan kuasa minda separa sedar, ia akan menjadi salah satu kunci dan senjata paling ampuh untuk kita mencapai kejayaan.

Namun, tak ramai yang mengetahui dan menyedari kuwujudan kuasa minda separa sedar ini. Kita tak perasan yang kita sebenarnya ada menggunakan minda separa sedar.

Sebagai seorang usahawan di eBay kita amat disarankan untuk menulis matlamat kita. Mengapa? Di sinilah peranan yang dimainkan oleh kuasa minda separa sedar. Matlamat yang kita tulis bukan saja tercatat dan melekat pada kertas, malahan lebih dari itu ia terlekat juga pada minda separa sedar kita. Amalan membaca dan menyelami matlamat yang kita tulis, setiap hari, membuatkan minda separa sedar kita diaktifkan dan memudahkan anda mencari dan melihat peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut. Minda separa sedar akan berkerja untuk anda siang malam tanpa henti sehinggalah matlamat anda tercapai. Itulah salah satu rahsia jutawan-jutawan ebay mencapai kejayaan. :)

Selain itu, kita disarankan untuk merancang hari kita pada malam sebelumnya. Mengapa malam? Ini kerana, minda separuh sedar lebih aktif ketika kita tidur (kita tidak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang kita lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merealisasikan perancangan itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan kuasa minda separa dengan sebaik-baiknya untuk merealisasikan impian kita sebagai usahawan ebay yang berjaya. InsyaAllah :)

Bottom