Kelebihan-kelebihan Memiliki eBay Store
May 17, 2009 by admin
1. Anda boleh meletakkan pautan ke eBay store anda di laman web atau blog anda. Apabila ada pengunjung yang datang melalui pautan tersebut dan membeli di eBay store anda, pihak eBay akan mengurangkan yuran jualan anda. Cara ini akan sangat berkesan sekiranya anda sudah mempunyai ramai pengunjung yang mengunjungi laman web atau blog anda. Anda boleh menggalakkan mereka untuk melawat eBay store anda dan seterusnya membeli dari situ. Pengurangan yuran jualan yang diberi oleh pihak eBay dapat memberi penjimatan kepada anda.
2. Di eBay store, anda boleh memaparkan logo perniagaan anda. Bak kata Jutawan Internet Muda Malaysia, Dr Irfan Khairi, “Logo akan memberi gambaran profesional kepada perniagaan anda kerana manusia lebih mudah mengingati gambar atau imej daripada perkataan. Pelanggan akan mudah mengingati logo anda.”
3. Anda akan menerima ikon dan pautan khas yang menandakan anda sebagai seorang pemilik eBay store. Ikon dan pautan khas ini akan diletak disebelah nama id anda di semua laman terutama di setiap laman barangan yang anda senaraikan. Para pengunjung akan mengenalpasti anda sebagai seorang pemilik eBay store dan akan lebih tertarik untuk mengunjungi kedai online anda.
4. eBay juga akan memberikan Enjin Carian peribadi untuk eBay store anda dengan tujuan untuk memudahkan pengunjung melakukan carian.
5. Anda dapat bantuan promosi bersilang. Sebagai pemilik eBay store, eBay akan membantu anda untuk mempromosikan barangan lelongan anda yang lain di dalam deskripsi barangan lelongan anda.
6. Perisian hebat iaitu Selling Manager Pro dapat membantu pemilik eBay store dalam mengurus, mengawal dan melakukan automasi penjualan anda. Perisian yang dihasilkan eBay ini dapat membantu banyak perkara dalam pengurusan eBay store anda. Berpandukan teknik yang betul, anda boleh mengautopilotkan perniagaan eBay anda.
7. Apabila anda memiliki eBay store, pihak eBay akan membantu anda memaparkan barangan anda di dalam laman web utama eBay store.
8. Sebagai pemilik eBay store, secara automatik semua kata kunci yang anda senaraikan untuk eBay store tersebut akan disalurkan kepada enjin carian utama dunia seperti Yahoo! dan Google. Ini akan memudahkan enjin carian tersebut membuat indeks untuk eBay store anda dan seterusnya memaparkan pautan kepadanya apabila ada pengunjung mereka yang melakukan carian. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya barangan di dalam eBay store anda berjaya dipaparkan di dalam laman web pertama untuk sesuatu carian.
9. Di dalam eBay store anda, terdapat satu pilihan mendapatkan laporan mengenai prestasi penjualan anda. Anda boleh mendapatkan laporan terperinci seperti hari terbaik untuk menamatkan lelongan, pergerakan pengunjung(dari mana mereka mengunjungi eBay store anda dan apakah barangan yang telah dilihat mereka), dan lain-lain. Kesemua maklumat yang diperolehi daripada laporan tersebut dapat membantu memperbaiki lelongan dan penjualan anda.
10. Reputasi dan imej anda sebagai seorang penjual akan meningkat sekiranya memiliki eBay store.
11. Salah satu perkara yang hebat mengenai eBay ialah ia memberikan peluang untuk menghasilkan Laman Utama Khas kepada semua pemilik eBay store. Laman Utama Khas merupakan laman web pertama yang pengunjung anda akan lihat apabila mereka mengunjungi eBay store anda. Laman Utama Khas ini boleh direka menurut citarasa anda sendiri sama seperti apa yang boleh anda lakukan untuk laman web luar.










ebay adalah benda yang paling tepat nak buat duit. ramai da berjaya kat ebay ni. aku masa mula2 join dulu wat part time boleh la dapat RM1000-Rm2000 sebulan. tapi semua tu lepas aku usaha macam nak mati jer sebab xder lg panduan ebook mcm sekarang ni. tapi sekarang ni dah ader ebook yang banyak sgt2 membantu. ebook ni aku kongsi dgn korang untuk samer2 kiter berjaya dan bersaing secara sihat. dalam ni ader panduan secara detail tentang ebay dan juga ader nama2 dropshipper yang dah terbukti boleh dipercayai.pandai2 korang la huhuhu…..
Salam
Saudara ebayhost, maaf yer.. link affiliate tidak dibenarkan diposkan di ruangan komen… Sy terpaksa remove link tersebut… Maaf lagi sekali…
Aku pun dah berjaya buat jualan dengan ebay. Semalam untung US $54.00. Banyak dah tu bagi aku yg baru nak mula. Memang ebay aku takkan lepaskan. Cuma tengah nak belajar lebih lagi ni. Sedang buat kajian pasaran hot item. Dah jumpa dah satu. Letak je mesti ada bid. Fuhh…
Tahniah mazri! Teruskan usaha anda belajar hingga berjaya dengan cemerlang bisnes eBay. Bukan sedikit untung awk dapat tuh…