Top

AO – Auction Optimization (Mengoptimumkan Lelongan)

May 14, 2009 by admin 

AO iaitu singkatan kepada Auction Optimization (mengoptimumkan lelongan) merupakan satu istilah yang agak asing bagi anda yang baru hendak mengenali lebih mendalam berkaitan bisnes eBay. Auction Optimization (AO) merupakan salah satu perkara penting yang perlu anda kuasai bagi merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang jutawan ebay.

Auction Optimization (AO) sama seperti Search Engine Optimization (SEO). Ia boleh menjimatkan masa dan mampu mengurangkan kerja keras anda. Teknik Auction Optimization (AO) yang betul akan memberikan hasil yang baik kepada bisnes ebay anda. Prinsip asasnya amat mudah iaitu lebih ramai orang melihat barang saudara, lebih tinggi harga bidaan terakhir.

Bukan suatu perkara yang mustahil dalam beberapa tahun akan datang, Auction Optimization (AO) mampu menyaingi prestasi Search Engine Optimization (SEO). Pada hari ini lebih daripada 25 peratus daripada semua jualan runcit online berlaku di eBay dan angka itu meningkat setiap empat bulan.

Sekiranya anda mempelajari selok-belok Auction Optimization (AO), bisnes eBay anda akan mengaut keuntungan yang besar kerana Auction Optimization (AO) akan membantu anda mencapai jumlah pelawat yang maksimum dan jumlah pesaing yang minimum. Gerbang menuju ke arah jutawan eBay telah terbuka luas di hadapan anda. Mulakan langkah pertama anda! :)

Panduan & Teknik Rahsia eBay | Video Panduan eBay | Video Panduan eBay Video Panduan Lelong | Video Panduan Lelong Pembungkusan Hebat | Pembungkusan Hebat Import Dari China | Import Dari China Pengurusan Inventori Hebat | Pengurusan Inventori Hebat Rekod Simpanan Hebat | Rekod Simpanan Hebat | Lubuk Sumber Produk eBay


Komen dan Pendapat Anda

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!





Spam Protection by WP-SpamFree

Bottom