ABOUT ME
Zahar2902 atau nama sebenarnya adalah Zaharudin bin Mohamed Said merupakan seorang yang kuat azam dan bercita-cita tinggi menjadi seorang web-based programmer dan usahawan internet (bisnes eBay) yang disegani. Beliau mengimpikan sebuah perniagaan internet yang berjaya dengan keuntungan berlipat kali ganda tanpa putus.
Anak ke 3 dari 7 beradik ini mula terdedah dengan perkembangan industri internet marketing di Malaysia sejakĀ seawal tahun 2003 di mana penglibatan pertama adalah dalam perniagaan Online MLM bersama Kelab Downline Islam Malaysia(KDIM). Kembali aktif secara serius dalam internet marketing pada tahun 2008 (secara part time) selain meneruskan pengajian di dalam bidang IT(programming).
Di sini, www.zahar2902.com , beliau berazam membongkari teknik dan strategi jutawan-jutawan eBay dalam mencipta kekayaan. Laman ini menjadi tempat bagi beliau berkongsi bersama anda berkaitan segala panduan, teknik, strategi, dan rahsia untuk mengembangkan perniagaan eBay anda gagah berdiri di seluruh dunia. Juga diibaratkan sebagai diari peribadi, beliau memanfaatkan laman ini sebagai tempat untuk mencatat segala yang dipelajari beliau. Setiap yang dipelajari, beliau menguji keberkesanannya agar dapat dikongsi bersama anda. Hasil ujian yang positif dijadikan amalan dan tabiat demi kebaikan masa depan perniagaan eBay yang diusahakan.
Di sini juga menjadi wadah untuk beliau bebas meluahkan fikiran dan pendapat beliau untuk dikongsi serta dibincangkan bersama anda. Pada masa yang sama, beliau gembira dapat menambah kenalan dengan anda serta sesiapa jua dari seluruh dunia.
Semoga perkongsian dan pertukaran pendapat bersama anda dapat menambahkan pelbagai manfaat demi kebaikan bersama.
Bertemu di puncak kejayaan!
Sekian









