Kelebihan-kelebihan Memiliki eBay Store
May 17, 2009 by admin · 4 Comments
1. Anda boleh meletakkan pautan ke eBay store anda di laman web atau blog anda. Apabila ada pengunjung yang datang melalui pautan tersebut dan membeli di eBay store anda, pihak eBay akan mengurangkan yuran jualan anda. Cara ini akan sangat berkesan sekiranya anda sudah mempunyai ramai pengunjung yang mengunjungi laman web atau blog anda. Anda boleh menggalakkan mereka untuk melawat eBay store anda dan seterusnya membeli dari situ. Pengurangan yuran jualan yang diberi oleh pihak eBay dapat memberi penjimatan kepada anda.
2. Di eBay store, anda boleh memaparkan logo perniagaan anda. Bak kata Jutawan Internet Muda Malaysia, Dr Irfan Khairi, “Logo akan memberi gambaran profesional kepada perniagaan anda kerana manusia lebih mudah mengingati gambar atau imej daripada perkataan. Pelanggan akan mudah mengingati logo anda.”
3. Anda akan menerima ikon dan pautan khas yang menandakan anda sebagai seorang pemilik eBay store. Ikon dan pautan khas ini akan diletak disebelah nama id anda di semua laman terutama di setiap laman barangan yang anda senaraikan. Para pengunjung akan mengenalpasti anda sebagai seorang pemilik eBay store dan akan lebih tertarik untuk mengunjungi kedai online anda.
4. eBay juga akan memberikan Enjin Carian peribadi untuk eBay store anda dengan tujuan untuk memudahkan pengunjung melakukan carian.
5. Anda dapat bantuan promosi bersilang. Sebagai pemilik eBay store, eBay akan membantu anda untuk mempromosikan barangan lelongan anda yang lain di dalam deskripsi barangan lelongan anda.
6. Perisian hebat iaitu Selling Manager Pro dapat membantu pemilik eBay store dalam mengurus, mengawal dan melakukan automasi penjualan anda. Perisian yang dihasilkan eBay ini dapat membantu banyak perkara dalam pengurusan eBay store anda. Berpandukan teknik yang betul, anda boleh mengautopilotkan perniagaan eBay anda.
7. Apabila anda memiliki eBay store, pihak eBay akan membantu anda memaparkan barangan anda di dalam laman web utama eBay store.
8. Sebagai pemilik eBay store, secara automatik semua kata kunci yang anda senaraikan untuk eBay store tersebut akan disalurkan kepada enjin carian utama dunia seperti Yahoo! dan Google. Ini akan memudahkan enjin carian tersebut membuat indeks untuk eBay store anda dan seterusnya memaparkan pautan kepadanya apabila ada pengunjung mereka yang melakukan carian. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya barangan di dalam eBay store anda berjaya dipaparkan di dalam laman web pertama untuk sesuatu carian.
9. Di dalam eBay store anda, terdapat satu pilihan mendapatkan laporan mengenai prestasi penjualan anda. Anda boleh mendapatkan laporan terperinci seperti hari terbaik untuk menamatkan lelongan, pergerakan pengunjung(dari mana mereka mengunjungi eBay store anda dan apakah barangan yang telah dilihat mereka), dan lain-lain. Kesemua maklumat yang diperolehi daripada laporan tersebut dapat membantu memperbaiki lelongan dan penjualan anda.
10. Reputasi dan imej anda sebagai seorang penjual akan meningkat sekiranya memiliki eBay store.
11. Salah satu perkara yang hebat mengenai eBay ialah ia memberikan peluang untuk menghasilkan Laman Utama Khas kepada semua pemilik eBay store. Laman Utama Khas merupakan laman web pertama yang pengunjung anda akan lihat apabila mereka mengunjungi eBay store anda. Laman Utama Khas ini boleh direka menurut citarasa anda sendiri sama seperti apa yang boleh anda lakukan untuk laman web luar.
Walau Dah Kahwin, Masih Di Anggap Zina!
May 14, 2009 by admin · 6 Comments
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 5.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… .
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat… .
SUMBER : virtualfriends.net
AO – Auction Optimization (Mengoptimumkan Lelongan)
May 14, 2009 by admin · Leave a Comment
AO iaitu singkatan kepada Auction Optimization (mengoptimumkan lelongan) merupakan satu istilah yang agak asing bagi anda yang baru hendak mengenali lebih mendalam berkaitan bisnes eBay. Auction Optimization (AO) merupakan salah satu perkara penting yang perlu anda kuasai bagi merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang jutawan ebay.
Auction Optimization (AO) sama seperti Search Engine Optimization (SEO). Ia boleh menjimatkan masa dan mampu mengurangkan kerja keras anda. Teknik Auction Optimization (AO) yang betul akan memberikan hasil yang baik kepada bisnes ebay anda. Prinsip asasnya amat mudah iaitu lebih ramai orang melihat barang saudara, lebih tinggi harga bidaan terakhir.
Bukan suatu perkara yang mustahil dalam beberapa tahun akan datang, Auction Optimization (AO) mampu menyaingi prestasi Search Engine Optimization (SEO). Pada hari ini lebih daripada 25 peratus daripada semua jualan runcit online berlaku di eBay dan angka itu meningkat setiap empat bulan.
Sekiranya anda mempelajari selok-belok Auction Optimization (AO), bisnes eBay anda akan mengaut keuntungan yang besar kerana Auction Optimization (AO) akan membantu anda mencapai jumlah pelawat yang maksimum dan jumlah pesaing yang minimum. Gerbang menuju ke arah jutawan eBay telah terbuka luas di hadapan anda. Mulakan langkah pertama anda!
Lebih 30 Koleksi eBook Berkaitan eBay diberi PERCUMA
May 11, 2009 by admin · Leave a Comment
Hadiah Khas Buat Peminat dan Bakal Peminat eBay
Sebagai menghargai kunjungan anda di sini, lebih
30 koleksi ebook berkaitan eBay yang saya ada
akan diberi percuma kepada anda. Antara judul
ebook tersebut adalah :
1) 100+ eBay feedback for a dollar in 24 hours
2) 101 eBay Auction Secrets
3) 1000 Best eBay Success Secrets Secrets From a Powerseller
4) Absolute Beginner’s Guide to Launching an eBay Business
5) Auction Kung Fu eBay
6) Build An eBay Business Quick Steps
7) Building Your eBay Traffic the Smart Way.
8 ) Developing eBay Business Tools For Dummies
9) Don’t Get Burned on eBay
10) eBay Auction Templates Starter Kit
11) eBay Bargain Shopping For Dummies
12) eBay Business AIO Desk Reference For Dummies
13) eBay Hacks – 100 Industrial-Strength Tips & Tools
14) eBay Keyword Secrets PDF
15) eBay photo taht sell
16) eBay Photography The Smart Way
17) eBay QuickSteps, 2nd Edition
18) eBay Stealth The complete guide to a new eBay Identity
19) eBay the missing manual
20) eBay Timesaving Techniques For Dummies
21) eBay Tips For Dummies
22) From eBay Zero to eBay Hero
23) How to Do Everything with Your eBay Business
24) How to make money online with eBay, yahoo and google
25) How to Sell Anything on eBay … and Make a Fortune!
26) I Married an eBay Maniac
27) Make Money On eBay The Simple Way
28) Making A Living From Your eBay Business, 2nd Edition
29) Secrets of the eBay Millionaires
30) The eBay Seller’s Secret Exposed
31) The Official eBay Bible, Third Edition
32) The Unofficial Guide to Making Money on eBay
33) Tricks of the eBay Masters (2nd Edition)
Klik di sini untuk mendapatkan kesemua ebook tersebut.
Hati Seorang Mukmin
May 8, 2009 by admin · Leave a Comment
Hati seorang mukmin itu:
Buminya – makrifah.
Langitnya – iman
Mataharinya – rindu.
Bulannya – cinta.
Bintangnya – buah fikiran.
Tanahnya – kemahuan.
Dindingnya – keyakinan.
Awannya – akal.
Hujannya – rahmat.
Pohonnya – ketaatan.
Buahnya – hikmah.
Dan ia mempunyai empat tiang iaitu:
Tawakkal,
Sabar,
Yakin,
Kemuliaan.
Padanya jua ada empat pintu iaitu:
Ilmu,
Akhlak mulia,
Redha,
Tabah
Kuasa Minda Separa Sedar (Subconcious Mind)
May 6, 2009 by admin · 2 Comments
Pernahkah anda menghadapi masalah yang tak dapat menemui jalan penyelesaian, sehinggakan anda terbaring terfikir-fikir masalah tersebut sebelum tertidur?
Apabila anda bangun pagi, sedar-sedar mentol idea anda menyala… dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda.
Itulah minda separuh sedar (subconcious mind) sedang berfungsi menyelesaikan masalah anda!
Kita dianugerahkan oleh Allah swt dengan 2 jenis minda iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Minda sedar adalah minda yang kita gunakan secara sedar. Contohnya kita terfikir hendak mengetahui berita utama hari ini, lantas minda sedar kita terus memberi jawapan kepada kita untuk membuka laman web akhbar online di internet. Kita pun membaca berita di internet dengan rasa penuh kepuasan. Bagaimana pula dengan minda separa sedar? Contoh dah diberi pun kat atas tuh..
Sekiranya kita bijak menggunakan kuasa minda separa sedar, ia akan menjadi salah satu kunci dan senjata paling ampuh untuk kita mencapai kejayaan.
Namun, tak ramai yang mengetahui dan menyedari kuwujudan kuasa minda separa sedar ini. Kita tak perasan yang kita sebenarnya ada menggunakan minda separa sedar.
Sebagai seorang usahawan di eBay kita amat disarankan untuk menulis matlamat kita. Mengapa? Di sinilah peranan yang dimainkan oleh kuasa minda separa sedar. Matlamat yang kita tulis bukan saja tercatat dan melekat pada kertas, malahan lebih dari itu ia terlekat juga pada minda separa sedar kita. Amalan membaca dan menyelami matlamat yang kita tulis, setiap hari, membuatkan minda separa sedar kita diaktifkan dan memudahkan anda mencari dan melihat peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut. Minda separa sedar akan berkerja untuk anda siang malam tanpa henti sehinggalah matlamat anda tercapai. Itulah salah satu rahsia jutawan-jutawan ebay mencapai kejayaan.
Selain itu, kita disarankan untuk merancang hari kita pada malam sebelumnya. Mengapa malam? Ini kerana, minda separuh sedar lebih aktif ketika kita tidur (kita tidak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang kita lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merealisasikan perancangan itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan kuasa minda separa dengan sebaik-baiknya untuk merealisasikan impian kita sebagai usahawan ebay yang berjaya. InsyaAllah
TIGA BELAS AURAT WANITA
1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki memakai gelang berloceng
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud :
Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Tawaran Pertukaran Link (Link Exchange)
May 3, 2009 by admin · Leave a Comment
Salam Bahagia
Di sini saya ingin membuat satu pengumuman berkenaan tawaran pertukaran link (link exchange). Pada sesiapa yang memiliki blog/laman web berminat bertukar link, sila hubungi saya menggunakan contact form. Blog atau laman web berkenaan eBay atau lelong akan diutamakan.
Sekian
Panduan eBay – Selangkah Demi Selangkah
May 2, 2009 by admin · Leave a Comment
Tip pertama memperolehi kekayaan lumayan melalui bisnes eBay adalah jangan lakukan melebihi kemampuan anda. Betulkah??
Salam perkenalan…
Alhamdulillah. Akhirnya berjaya jua saya melakukan posting sulung di dalam weblog panduan eBay ini. Saya bersyukur dan berasa amat gembira dengan kejayaan pelancaran weblog panduan eBay yang tak seberapa ini. Harapan saya, setiap detik yang anda luangkan sepanjang berada di sini dapat memberi manfaat yang berguna terhadap diri, pengetahuan, dan juga bisnes eBay anda.
Anda sudah baca tip pertama yang saya sebutkan di atas? Adakah anda bersetuju?
Saya yakin dan pasti anda ada jawapan dan pendapat masing-masing. Anda berhak memberi komen terhadap apa yang akan saya sampaikan ini. Segala pendapat dan komen anda amatlah saya hormati dan hargai. Berbalik semula kepada tip pertama yang saya nyatakan di atas. Saya teramat setuju bahawa kita tidak perlu lakukan melebihi kemampuan diri kita untuk memperolehi kekayaan lumayan dari bisnes eBay. Persoalan yang perlu kita renungi adalah adakah kita tahu di tahap mana sebenarnya kemampuan kita?
Kita takkan tahu selagi kita tidak cuba menguji tahap kemampuan kita. Seorang jutawan eBay terkenal, Benjamin Marc Wee, sentiasa menguji tahap kemampuan diri beliau dengan sering menguji setiap strategi untuk melihat hasilnya yang sesuai dengan kemampuan diri beliau. Strategi yang menghasilkan kesan positif akan diamalkan menjadi tabiat. Kejayaan beliau memperolehi keuntungan 6 angka setiap bulan melalui bisnes eBay adalah hasil pembentukan tabiat. Tabiat positif yang dibentuk selangkah demi selangkah tidak pernah berhenti hatta telah bergelar jutawan eBay hari ini. Beliau tidak berhenti menguji dan mencari strategi baru untuk dijadikan tabiat seterusnya mendapatkan road map untuk disesuaikan dengan kemampuan diri beliau. Maka beliau pasti akan memperolehi keuntungan optima selaras dengan kemampuan diri beliau. Usaha yang tak pernah kenal erti putus asa yang beliau tunjukkan tidak mustahil untuk beliau mencapai cita-cita memiliki perniagaan eBay bernilai USD100 juta.
Anda pula bagaimana?









